DUNGUN – Pengorbanan seorang bapa untuk menyelamatkan anak lelakinya yang hampir lemas berakhir dengan tragedi apabila ahli perniagaan tersebut maut sewaktu berkelah di Tanjung Jara di sini semalam. Peter Haw Tah Ming, 54, yang bercuti bersama keluarganya di pusat peranginan tersebut sejak Sabtu lalu sempena cuti Hari Malaysia meninggal dunia dalam perjalanan untuk mendapatkan rawatan ke Hospital Dungun di sini pada pukul 4.30 petang. Isteri Peter, Pang Siew Cheng, 53,…










