SETIAP kali Choo Ai Xin, 22, melewati bandar raya Ipoh, Perak, matanya pasti tertumpu pada deretan bangunan lama di situ. Dia begitu tertarik dengan ruang depan binaan rumah kedai lama berkenaan yang mempunyai pelbagai bentuk dan rupa. Ada yang tingkap sudah patah, reput dan pudar warna. Tidak kurang juga ada beberapa tompok cat pada bangunan itu sudah terhakis akibat cuaca panas dan hujan. Semua itu diperhatikan Ai Xin yang merupakan…










