TEKA-TEKI pemenang acara yang menjadi tumpuan dalam sukan olahraga pada Sukan Malaysia (Sukma) 2018 terjawab semalam. Pelari pecut Selangor, Muhammad Aqil Yasmin mencuri perhatian apabila memenangi pingat emas acara 100 meter (m) setelah melakukan catatan 10.39 saat (s), sekali gus mengecewakan dua atlet negara yang bertanding pada temasya Sukan Asia 2018 di Indonesia baru-baru ini. Pelari Negeri Sembilan, Muhammad Haiqal Hanafi yang ketinggalan 0.04s di belakang Muhammad Aqil terpaksa berpuas…










