KUALA LUMPUR – Penyanyi popular menerusi lagu Ku Rela Dibenci memohon maaf kerana terpaksa menolak beberapa tawaran persembahan berikutan masalah kesihatan yang dihadapinya. Aiman telah dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Rawang, Selangor sejak Selasa lalu akibat masalah radang usus. Menurut Aiman atau Mohammad Aiman Yusry, 20, kira-kira tiga tawaran persembahan sekitar Kuala Lumpur dan Johor terpaksa ditolaknya. “Saya memohon maaf kerana tahap kesihatan tidak mengizinkan. Saya mengharapkan agar kalian…










