TOKYO – Perdana Menteri, Shinzo Abe menang selesa dalam pemilihan parti yang dipimpinnya semalam, sekali gus menjadikan beliau Perdana Menteri Jepun yang paling lama berkhidmat. Pemimpin berusia 63 tahun itu mendapat 553 undi berbanding 254 oleh pencabarnya, bekas Menteri Pertahanan, Shigeru Ishiba dalam pertandingan satu lawan satu untuk merebut jawatan ketua Parti Liberal Demokratik (LDP). Kemenangan itu membolehkan Abe mengekalkan jawatan untuk tempoh tiga tahun lagi serta berpeluang memecah rekod…










