86,113 calon duduki UPSR di Selangor - Utusan Malaysia

86,113 calon duduki UPSR di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Seramai 86, 113 murid Tahun Enam di semua sekolah rendah di seluruh Selangor mula menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) hari ini.

Pengarah Pendidikan Selangor, Mohd. Salleh Mohd. Kassim berkata, kesemua mereka menduduki peperiksaan tersebut di 787 pusat peperiksaan.

Katanya, ia meliputi masing-masing 450 pusat peperiksaan di Sekolah Kebangsaan, Sekolah Kebangsaan Jenis Kebangsaan (SKJK) Cina (113), SKJK Tamil (96) dan sekolah swasta (82).

“Berdasarkan rekod, calon berdaftar bagi UPSR tahun ini adalah seramai 86,113 murid dengan jumlah calon bagi sekolah kerajaan sebanyak 81,843.

“Manakala selebihnya iaitu 4,270 merupakan calon dari sekolah swasta,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Salleh menjelaskan UPSR kali ini turut diduduki oleh seramai 253 Calon Berkeperluan Khas (CBK). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN