CHANGZHOU 28 Sept. – Kakitangan perubatan di Hospital Kanak-kanak Changzhou berhempas pulas selama lebih lima jam untuk menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun selepas jantungnya tiba-tiba terhenti. Lapor Channel News Asia memetik kenyataan dikeluarkan oleh pihak hospital sebagai berkata, kanak-kanak berkenaan, Xiao Yu, dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) pada 20 September lalu selepas disahkan mengalami miokarditis fulminan iaitu radang tisu otot jantung. Keadaan Yu bertambah baik selepas dirawat…










