25 warga asing jalankan Love Scam ditahan - Utusan Malaysia

25 warga asing jalankan Love Scam ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 13 Sept. – Seramai 25 warga asing termasuk enam wanita ditahan kerana dipercayai terlibat dalam Love Scam menerusi enam serbuan di sekitar Lembah Klang, Khamis lalu.

Kesemua warga asing tersebut melibatkan 15 lelaki dan lima wanita warga Nigeria, empat lelaki Tanzania serta seorang wanita Thailand berumur dalam lingkungan 21 hingga 40 tahun.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (Jenayah Siber dan Multimedia), Datuk Ahmad Noordin Ismail berkata, sindiket tersebut dijalankan sejak tahun lalu menggunakan laman sosial Facebook bagi mencari mangsa yang terdiri daripada wanita.

“Setakat ini sebanyak 10 kes telah dikaitkan dengan kes ini dan jumlah kerugian mangsa akibat ditipu sindiket iitu berjumlah RM500,000.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan (Penipuan) bersama-sama Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/1963,” katanya dalam sidang akhbar di pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN