2 maut di China akibat taufan Mangkhut - Utusan Malaysia

2 maut di China akibat taufan Mangkhut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HONG KONG 16 Sept. – Stesen penyiaran China, China Central berkata, Taufan Mangkhut telah menyebabkan sekurang-kurangnya dua terkorban selepas ribut besar itu melanda wilayah Guangdong selatan China.

Taufan Mangkhut mula membadai Guangdong, China, sehingga mengakibatkan dua maut -AGENSI

Menurut stesen itu lagi, taufan itu telah menyebabkan mencetuskan ribut setinggi tiga meter.

Sementara itu, 15 cedera di kawasan perjudian berdekatan Macau, sehingga kasino ditutup buat kali pertama.

Balai Cerap Hong Kong turut memberi amaran kepada orang ramai untuk menjauhkan diri dari mercu tanda Victoria Harbour.

Lebih 2.4 juta orang telah dipindahkan di Guangdong semalam melarikan diri dari taufan itu, menurut media negara.-AP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN