JOLO, Filipina – Tiga nelayan Indonesia yang diculik oleh kumpulan militan Abu Sayyaf dibebaskan selepas mereka dijadikan tebusan selama 18 bulan di selatan Filipina, kata pihak tentera semalam. Ketiga-tiga lelaki itu diculik ketika menaiki sebuah bot laju di perairan pulau paling selatan Filipina, Tawi-Tawi. Pulau itu dan kepulauan berdekatan, Sulu menjadi lokasi aktiviti militan Abu Sayyaf. Seorang jurucakap tentera Filipina berkata, semua rakyat Indonesia itu dibebaskan di bandar Indanan, Sulu…










