SHAH ALAM 16 Sept. – Kira-kira 150 ahli Persatuan Alumni Fakulti Kejuruteraan Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan ahli keluarga masing-masing menyertai pertandingan boling yang diadakan sempena ulang tahun ke-50 penubuhan fakulti tersebut. Setiausaha persatuan itu, Shukri Ishak berkata, pertandingan yang berlangsung di Alam Lanes, Aeon Mall di sini melibatkan 24 pasukan. Menurutnya, pertandingan turut disertai beberapa pasukan jemputan terdiri daripada persatuan alumni negeri, persatuan alumni fakulti lain, kakitangan dan pelajar…










