BALIK PULAU – Sebuah keluarga terdiri daripada 12 penghuni terpaksa tinggal sehelai sepinggang apabila kediaman mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Naran, Batu Maung di sini awal pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 3.15 pagi itu, mangsa yang terdiri daripada ibu, bapa, anak dan cucu dikatakan sedang nyenyak tidur di tiga bilik berasingan kediaman jenis separa kayu dua tingkat terbabit. Menurut mangsa yang juga pemilik rumah itu, Jalani Awang, 56,…










