KLANG – Sekumpulan lelaki yang dipercayai mat rempit bukan sahaja berputih mata kerana hilang wang pertaruhaan, malah turut dicekup selepas kegiatan haram itu berjaya dihidu pihak berkuasa pagi tadi. Kesemua 10 lelaki berkenaan termasuk seorang penganjur lumba haram itu ditahan di sebuah restoran di Jalan Johan Setia di sini kira-kira pukul 2 pagi ketika sedang mengatur perlumbaan. Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, kegiatan 10…










