KUALA LUMPUR 30 Ogos- Selepas sembilan bulan melahirkan bayi kembarnya pelakon Zizie Ezette kembali berbadan dua. Merupakan kehamilan kali kedua, Zizie menerusi tanda pagar yang tertera menjelaskan kandungannya itu sudah masuk tiga bulan. Perkhabaran gembira yang dikongsi menerusi laman Instagram miliknya sebentar tadi turut menerima ucapan tahniah dari beberapa selebriti antaranya Fizo Omar. Zizie, 39, sebelum ini selamat melahirkan Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette pada 29 Disember tahun…










