PUTRAJAYA 15 Ogos – Kementerian Luar akan duduk semeja dengan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pihak berkepentingan bagi melengkapkan laporan berhubung proses Semakan Berkala Sejagat (UPR) untuk Majlis Hak Asasi Manusia (HRC) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, perbincangan berkenaan bukan sahaja untuk meneliti prestasi syor-syor diterima Malaysia tetapi juga mempertimbangkan enam triti yang belum ditandatangani negara. Beliau berkata, pihaknya berhasrat untuk mewujudkan kayu pengukur terhadap…










