Wakil Anwar hantar borang pencalonan Presiden PKR - Utusan Malaysia

Wakil Anwar hantar borang pencalonan Presiden PKR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA 5 Ogos- Borang pencalonan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai presiden PKR dihantar kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR 2018 di sini, hari ini.

Borang pencalonan beliau yang dicadangkan Presiden PKR Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail  diserahkan oleh Pengarah Strategik PKR Sim Tze Tzin sebagai penyokong pada kira-kira 11.15 pagi.

Setiausaha JPP MPP PKR 2018, Ismail Yusof mengumumkan penerimaan borang pencalonan berkenaan.

Sementara itu, setakat 11.44 pagi, dua borang pencalonan bagi merebut jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) telah dihantar.

Borang berkenaan dihantar sendiri oleh calon berkenaan iaitu Anggota Parlimen Johor Bahru Akmal Nasir dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Anggerik, Najwan Halimi.

Timbalan Ketua AMK Melaka Naqiuddin Nazrin pula menghantar borang pencalonan untuk bertanding  jawatan timbalan ketua AMK.

Naib Ketua Wanita PKR Dr Daroyah Alwi pula menghantar borang pencalonan bagi merebut jawatan timbalan ketua Wanita parti itu.

Proses pencalonan bagi pemilihan MPP PKR bermula 10 pagi tadi di Ibu Pejabat PKR di sini.-BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN