MELAKA 1 Ogos – Taman asuhan kanak-kanak (Taska) Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Anak Pintar, Masjid Al-Azim (Taska Anak Pintar) di sini menegaskan bayi lelaki empat bulan di bawah jagaannya yang meninggal dunia baru-baru ini, bukan disebabkan tersedak susu seperti dilaporkan akhbar. Pengusahanya, Awang@Mohd. Redzuan Hasan berkata, laporan yang disiarkan dalam beberapa akhbar utama telah menyebabkan masyarakat memberi tanggapan negatif serta mengecam pusat asuhan tersebut walaupun telah dijelaskan pihak polis…










