PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menafikan dakwaan sebuah akhbar tempatan kononnya suruhanjaya itu akan dirombak melibatkan pertukaran beberapa pegawai kanan di bahagian siasatan dan perisikan ke agensi lain. Dalam kenyataan hari ini, SPRM menegaskan bahawa dakwaan tersebut adalah tidak benar sama sekali. “Laporan berkenaan dianggap sebagai tidak bertanggungjawab kerana tiada punca yang sahih serta dipercayai hanya berdasarkan maklumat yang ditularkan dan sekadar untuk mensensasikan berita,” katanya.…










