JAKARTA 27 Ogos – Skuad lumba basikal trek negara membuka gelanggang Sukan Asia 2018 dengan nota positif apabila meleburkan rekod kebangsaan berusia 10 tahun dalam laluan untuk meraih pingat pertama menerusi acara pecut berpasukan lelaki selepas menamatkan perlumbaan di tempat kedua hari ini. Pasukan negara yang dibarisi Azizulhasni Awang, Muhd. Shah Firdaus Sahrom dan Mohd. Fadhil Zonis meraih pingat perak dengan catatan masa 44.598 saat, tewas kepada China dalam perlumbaan…










