KUALA LUMPUR – Ketua Pegawai Eksekutif Scomi Group Bhd, Shah Hakim Zain, 53, meletak jawatan daripada syarikat itu bagi memberi tumpuan kepada komitmen perniagaan lain. Scomi dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata, Sammy Tse Kwok Fai telah dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif baharu menggantikan Shah Hakim. Kwok Fai memegang Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dalam Geografi dan Geologi daripada University of Hong Kong dan Sarjana Pengurusan Perniagaan daripada Chinese…










