KUALA LUMPUR – Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS hari ini sejajar dengan prestasi positif pasaran ekuiti tempatan yang didorong oleh pengukuhan harga minyak, kata peniaga. Pada pukul 6 petang, unit tempatan meningkat kepada 4.0950/0980 berbanding dolar US daripada 4.0980/1020 pada Isnin. Peniaga berkata, mata wang tempatan disokong oleh minat untuk mengambil risiko yang lebih baik dalam pasaran susulan kebimbangan mengenai perang perdagangan yang semakin berkurangan berikutan AS dan Mexico…










