SEOUL 1 Ogos – Seorang lelaki warga Korea Selatan dan tiga rakyat Filipina ditahan di Libya selama 27 hari oleh satu kumpulan yang tidak dapat dikenal pasti. Agensi berita Yonhap yang memetik Kementerian Luar Korea Selatan melaporkan, keempat-empat mangsa tersebut dipercayai diculik di kawasan loji air di Jabal Hasouna di wilayah barat Libya pada 6 Julai lalu. Menerusi satu video yang disiarkan dalam Facebook menunjukkan lelaki warga negara ini yang…










