BERIKUT pungutan pingat Sukan Asia 2018 di Jakarta dan Palembang, Indonesia hari ini (30 Ogos 2018). Kayuhan bertenaga Azizulhasni Awang dalam acara pecut individu hari ini berjaya menghadiahkan pingat emas kelima buat kem negara yang mengambil bahagian dalam Sukan Asia 2018. Dalam perlumbaan pusingan akhir di Velodrome Antarabangsa Jakarta, Azizulhasni berjaya menewaskan pelumba Jepun, Fukaya Tomohiro. Sementara itu, di Padang Hoki Gelora Bung Karno, pasukan negara berjaya melakar kejutan ke…










