PKR ambil serius undi merosot – Amirudin  - Utusan Malaysia

PKR ambil serius undi merosot – Amirudin 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 4 Ogos – PKR mengambil serius dan akan melaksanakan penambahbaikan yang perlu bagi menghadapi pilihan raya pada masa depan. 

AMIRUDIN SHARI

Usaha itu menurut Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, amat penting untuk dilaksanakan ekoran penurunan peratusan keluar mengundi yang dicatatkan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, hari ini. 

“Dalam tempoh terdekat ini, kita akan berhadapan dengan PRK DUN Balakong dan DUN Seri Setia. 

“Kita akan jadikan kemenangan di DUN Sungai Kandis sebagai penanda aras dan pengajaran dalam kedua-dua PRK akan datang serta dalam pilihan raya yang lain,” kata­nya kepada pemberita di Pusat Penjumlahan Undi PRK DUN Sungai Kandis di Dewan Besar Tanjung, Seksyen 19, di sini hari ini. 

Hadir sama ialah Ahli Parlimen Kota Raja, Mohamad Sabu dan calon PKR dalam PRK DUN Sungai Kandis, Mohd. Zawawi Ahmad Mughni. 

Pada masa sama, Amirudin yang juga Setiausaha PKR Selangor itu menyatakan pihaknya tidak ambil mudah de­ngan apa yang akan berlaku di DUN Sungai Kandis.

“Kita akan lihat strategi untuk pastikan kemenangan kita. Apa yang berlalu di DUN Sungai Kandis ini, PRK diadakan hari Sabtu dan ada pengundi terpaksa bekerja seperti di kilang. 

“Selain itu, mungkin pe­ngundi tidak merasakan keperluan untuk menukar kerajaan kerana pentadbiran negara te­lah berubah pada PRU-14 lalu,” ujarnya. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN