PUTRAJAYA – Kementerian Kewangan hari ini menjelaskan bahawa Petron Fuel International Sdn. Bhd. (Petron) bukanlah pembekal tunggal minyak petrol dan diesel kenderaan kerajaan Persekutuan. Dalam kenyataan hari ini, kementerian itu menegaskan bahawa Petronas dan Shell masih lagi merupakan pembekal minyak petrol dan diesel semenjak 1997 untuk kegunaan kenderaan kerajaan. “Pelantikan ini dibuat secara pentadbiran kerana ia adalah berkaitan dengan urusan operasi dan tidak melibatkan sebarang implikasi kewangan kepada kerajaan,”kata kementerian…










