KUCHING – Seorang penolong jurutera yang bertugas di Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Khas Rasuah di sini hari ini atas kesalahan salah guna kuasa pada 2016. Tertuduh, Jamal Abdullah, 48, membuat pengakuan itu dihadapan Hakim Nixon Kennedy Kumbong selepas enam pertuduhan dibacakan ke atasnya. Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa menyalahgunakan kuasanya berkaitan memohon syarikat milik isteri, abang ipar dan adik iparnya bagi melakukan kerja-kerja berkaitan penyelenggaraan sistem perairan luar bandar di sekitar Bau, Lundu dan Sematan sepanjang 2016. Kesemua pembayaran bagi enam kerja…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya