Cadangan sistem sehenti lepasan SPM perlu menyeluruh

Cadangan sistem sehenti lepasan SPM perlu menyeluruh

KAEDAH sedia ada memberi peluang kepada lepasan SPM membuat pelbagai permohonan dan menilai laluan terbaik berdasarkan minat, keupayaan serta keperluan masa depan mereka-GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Cadangan mewujudkan sistem pusat sehenti untuk lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi menyelaras semua saluran penawaran pendidikan, perlu dikaji secara menyeluruh dan tidak perlu dilaksana tergesa-gesa kerana kaedah sedia ada masih berfungsi dengan baik.

Bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, sistem sedia ada memberi peluang kepada pelajar membuat pelbagai permohonan dan menilai laluan terbaik berdasarkan minat, keupayaan serta keperluan masa depan mereka.

“Sebahagian pelajar memilih tingkatan enam untuk mengisi masa sebelum memohon ke universiti, ada juga yang lebih cenderung kepada laluan matrikulasi atau diploma,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Memuatkan artikel berkaitan…

Semalam akhbar ini melaporkan, Kementerian Pendidikan (KPM) perlu mewujudkan sistem pusat sehenti bagi menyelaras semua saluran penawaran pendidikan lepasan SPM.

Timbalan Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia (MINDA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Anuar Ahmad dipetik sebagai berkata, pelaksanaan sistem bersepadu itu penting bagi mengelak pertindihan tawaran dan membolehkan pengurusan tempat kosong dibuat lebih pantas.

Alimuddin berkata, permohonan pelbagai saluran ini membuka ruang pelajar merancang sendiri masa depan mereka, selaras dengan dasar pendidikan berpusatkan pelajar.

Katanya, kekangan utama pelaksanaan pusat sehenti ialah struktur pentadbiran sedia ada yang melibatkan kementerian berbeza serta objektif yang berlainan.

“Unit Pengambilan Universiti (UPU) di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi, matrikulasi bawah Kementerian Pendidikan, manakala pusat asasi dikendalikan oleh universiti masing-masing,” katanya.

Bagaimanapun beliau mengakui pusat sehenti boleh membantu pelajar luar bandar yang sukar mengakses sistem dalam talian untuk membuat permohonan ke pelbagai institusi.

“Kita faham ada pelajar hadapi kesukaran capaian internet atau kurang maklumat, jadi kalau pusat sehenti diwujudkan dengan baik, ia boleh bantu kelompok ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×