JOHOR BAHRU 12 Ogos – Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Datuk Nooh Gadot cedera apabila kenderaan dipandunya terbabas lalu masuk ke dalam longkang berhampiran kediamannya di Nong Chik, di sini hari ini.
Selain cedera di kepala, beliau turut menerima sembilan jahitan di bawah dagunya.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, kemalangan itu berlaku pukul 1.37 petang tadi.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Kenderaan jenis Mercedes Benz yang dipandu beliau terbabas ke dalam longkang bersebelahan kediamannya.
“Beliau dirawat di wad kecemasan Hospital KPJ Pakar Puteri dan menerima sembilan jahitan di bawah dagu,” katanya dalam satu kenyataan, di sini sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE











