PUTRAJAYA 24 Ogos – Nombor plat pendaftaran kenderaan khas ‘Malaysia 1’ telah dibida pada harga RM1,111,111 atau RM1.11 juta sekali gus menjadi nilai tertinggi dalam sejarah pernah dijual oleh kerajaan. ANTHONY LOKE Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, jumlah jualan kesemua 10 nombor khas tertinggi bagi ‘Malaysia’ adalah bernilai RM3.6 juta. Sementara itu, beliau berkata, nombor pendaftaran ‘Malaysia 2020’ dikhaskan bagi kegunaan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk kenderaan rasminya.…










