Murid tahun enam hilang di Pengkalan Gelap - Utusan Malaysia

Murid tahun enam hilang di Pengkalan Gelap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SETIU 11 Ogos – Seorang murid tahun enam dikhuatiri lemas ketika mandi dan mencari kepah berhampiran laluan santai Setiu (boardwalk Setiu) di Pengkalan Gelap di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 petang itu, mangsa, Muhammad Nor Hafiz Norizam, 12, dikatakan pergi ke kawasan rekreasi tanah bencah itu bersama tiga rakan sebelum dihanyutkan arus deras.

Komander Operasi, Penguasa Bomba Mohd. Mazimi Mohamad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.26 petang dan terus bergegas ke lokasi kejadian bersama satu jentera dengan 22 anggota.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, ketika kejadian difahamkan mangsa cuba diselamatkan orang ramai namun usaha itu menemui jalan buntu.

“Sejurus tiba, pasukan bomba melancarkan operasi mencari dan menyelamat pada jarak satu kilometer dari lokasi lemas.

“Bagaimanapun mangsa gagal ditemukan dan operasi selaman ditangguhkan pada pukul 7 malam manakala pencarian di permukaan air masih lagi diteruskan membabitkan dua bot,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Mohd. Mazimi, pasukan penyelamat berdepan halangan dalam operasi petang tadi ekoran air sungai yang deras di samping terpaksa mengambil kira risiko lain khususnya keadaan dasar sungai yang dipenuhi bahan buangan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini