KUALA LUMPUR 16 Ogos – Tun Dr. Mahathir Mohamad mahu rakyat memberi masa kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) bagi melaksanakan janji 100 hari yang dibuat sebelum ini. Perdana Menteri berkata, ini kerana semua janji tersebut telah dirangka berdasarkan maklumat yang ada sebelum kerajaan PH dapat memegang tampuk pemerintahan negara. Walau bagaimanapun katanya, keadaan sebaliknya berlaku apabila mendapati struktur kerajaan lebih teruk berbanding jangkaan awal. “Manifesto yang kita janjikan dirangka berdasarkan…










