PASIR MAS 14 Ogos – Mayat seorang lelaki ditemukan dengan kesan tetakan di kepala dan badan dalam sebuah kebun di belakang sebuah rumah di Kampung Baru Alor Pasir, Tok Uban di sini kira-kira pukul 10 malam tadi. Lelaki berusia lingkungan 20-an yang tiada pengenalan diri itu ditemukan oleh orang ramai sebelum menghubungi pihak polis. Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Abdullah Muhammad Piah berkata, hasil pemeriksaan yang dilakukan mendapati terdapat kesan…










