KUALA LUMPUR 20 Ogos- Seorang lelaki warga Jepun maut selepas kereta dipandunya merempuh seekor lembu di susur masuk Plaza Tol Bangi, Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) menghala ke selatan, awal pagi tadi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bangi, Rosman Majid berkata, mangsa, Shimizuishi Masatoshi berusia lingkungan 40-an disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. “Kejadian berlaku kira-kira pukul 6.38 pagi dan pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam dua minit kemudian.…










