PENGUMUMAN Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengenai penubuhan Jawatankuasa Tertinggi Institusi Hal Ehwal Islam Peringkat Persekutuan pada 30 Julai lalu diterima oleh majoriti umat Islam sebagai suatu tindakan tepat bagi mengangkat dan menzahirkan kedaulatan Raja-Raja Melayu dalam pembentukan dasar dan martabat Islam. Pengumuman itu telah berjaya mengekang pelbagai persepsi negatif mengenai kedudukan institusi Islam yang sebelum ini dianggap berada dalam persimpangan politik semasa. Ada pihak melontarkan cadangan institusi Islam yang tertentu…