Gabungan sporty, gaya jalanan

Gabungan sporty, gaya jalanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Peneraju global dalam kasut gaya hidup dan prestasi, Skechers memperkenalkan koleksi terbaharunya, Skechers Street UNO Ryze.

Rekaannya menggabungkan gaya sporty dan jalanan kontemporari, berbeza dengan model UNO sebelum ini.

Salah satu tarikan utama kasut ini ialah penggunaan material seperti mesh di bahagian atas yang dilapisi tindanan duraleather dan rekaan bertali.

Tapak kasut pula dilengkapi dengan teknologi khas Skechers, air-cooled memory foam yang menawarkan keselesaan optimum.

Walaupun dipakai sepanjang hari, kaki tidak cepat letih, menjadikannya sesuai untuk aktiviti urban atau jalan-jalan santai.

Selain itu, tapak tengah ikonik, skech-air dengan beg udara boleh dilihat 180 darjah memberikan rasa responsif ketika melangkah.

Menariknya, kasut ini turut dilengkapi tumit setinggi 1.5 inci, yang menambahkan ketinggian sekali gus memperbaiki postur badan tanpa menjejaskan kestabilan.

Dilancarkan dalam tiga pilihan warna segar masing-masing untuk lelaki dan wanita.

Kasut ini sesuai dipadankan dengan jeans, pakaian sukan mahupun kasual.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN