Kerajaan negeri komited laksana manifesto - Utusan Malaysia

Kerajaan negeri komited laksana manifesto

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI 12 Ogos – Kerajaan negeri komited dalam memastikan akujanji yang dinyatakan menerusi manifesto 100 hari dan lima tahun Pakatan Harapan (PH) dapat diterjemahkan dalam bentuk pelaksanaan dan dinikmati oleh rakyat.

Menteri Besar, Datuk Osman Sapian berkata, setakat ini, bagi manifesto 100 hari sebanyak tujuh daripada 10 inisiatif manifesto tersebut telah dilaksanakan.

“Hanya tiga inisiatif yang telah diputuskan mekanisme pelaksanaanya oleh kerajaan negeri akan dilaksanakan pada bulan September ini,” katanya pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, di sini sebentar tadi.

Katanya, tiga inisiatif itu adalah pengecualian lesen penjaja, pemberian air percuma 10 meter padu kepada kategori B40 dan bayaran kursus perkahwinan percuma berdasarkan kriteria yang ditetapkan.

Justeru, katanya, janji yang ditunaikan itu membuktikan bahawa PH bukan cakap kosong semata-mata untuk meraih sokongan memenangi pilihan raya tetapi benar-benar mahu berkhidmat demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN