KUALA LUMPUR – Bermula dengan ungkapan kasar berbunyi ‘kepala bapak’ yang terpacul daripada seorang Ahli Parlimen, suasana dalam Dewan Rakyat semalam menjadi gamat hingga mendorong salah seorang Ahli Parlimen lain mengeluarkan kata-kata yang lebih kesat.
Kejadian itu berlaku selepas Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Ong Kian Ming menjawab soalan Datuk Seri Hamzah Zainudin (BN-Larut) yang bertanya mengenai pelaburan langsung luar ke Malaysia.
RSN Rayer (DAP-Jelutong) kemudian bangun untuk mengemukakan soalan tambahan melibatkan 1MDB.
Rayer yang dikenali sebagai seorang yang lantang ketika bercakap dilihat seperti mengumpan dengan mengucapkan perkataan ‘kepala bapak’ apabila pertanyaannya kepada Kian Ming dicelah oleh Hamzah.










