MADRID 8 Ogos – Athletic Bilbao hari ini mengesahkan, Kepa Arrizabalaga sudah membayar klausa pelepasan 80 juta euro (RM378 juta) bagi membolehkannya menyertai Chelsea sebagai penjaga gol termahal dunia. “Pada pukul 12.02 tengah hari, Rabu 8 Ogos, pihak La Liga memaklumkan kepada kami bahawa pemain Kepa Arrizabalaga telah memenuhi syarat yang membolehkannya meleraikan kontrak dengan Athletic Club,” menurut kelab Sepanyol itu dalam satu kenyataan, hari ini. Pemain berusia 23 tahun…