KUALA LUMPUR 1 Ogos – Pengacara dan pelakon popular, Neelofa menjadi artis kedua selepas bintang antarabangsa, Lady Gaga yang terpilih untuk bekerjasama dengan syarikat minuman, Starbucks bagi menjayakan kempen A Cup Of Kindness.
A post shared by Noor Neelofa Mohd Noor (@neelofa) on
Neelofa, 29, berkata, dia berasa teruja dengan sambutan peminat yang hadir menyokong kempen khidmat masyarakat yang berlangsung selama sehari itu di 263 cawangan Starbucks seluruh Malaysia.
“Bagi setiap pembelian, 50 sen akan didermakan ke badan kebajikan terpilih. Sebelum ini, Lady Gaga berkerjasama sengan Starbucks bagi kempen di Amerika Syarikat dan di Malaysia, saya pula,” katanya, di sini hari ini.
Dalam pada itu, Nelofa berkata, dia pada mulanya agak risau dengan penerimaan peminat apabila kerjsama dengan syarikat minuman itu diuar-uarkan.
“Kita sedia maklum ada segelintir pihak yang memandang sinis dan mempunyai pemikiran skeptikal terhadap Starbucks.
“Melihat sambutan hari ini, saya lega dan teruja apabila ramai rakyat Malaysia menyokong kempen khidmat masyarakat seperti ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE










