KUALA LUMPUR 8 Ogos – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan memastikan harga barang tidak naik sewenang-wenangnya menerusi pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST). Lim Guan Eng Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, hal itu kerana kerajaan melihat impak pelaksanaan SST adalah lebih ringan berbanding cukai barangan dan perkhidmatan (GST). “Kita simpati kepada rakyat. Kenapa kita mesti hendak bergantung kepada GST? SST adalah jauh lebih ringan berbanding GST,” katanya bagi menjawab…










