NEW YORK 30 Ogos – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres semalam memberi amaran operasi ketenteraan besar-besaran oleh kerajaan ke atas Idlib, satu-satunya wilayah pemberontak di Syria boleh mengakibatkan bencana kemanusiaan selain memberi amaran akan penggunaan senjata kimia. Amaran Guterres itu dibuat di tengah-tengah kebimbangan kerajaan Syria sedang menggerakkan tenteranya untuk melancarkan serangan ketenteraan bagi menguasai semula Idlib. “Setiausaha Agung PBB amat bimbang tentang risiko bencana kemanusiaan jika…










