DHAKA 6 Ogos – Kabinet Bangladesh akan membuat keputusan mengenai cadangan untuk mengenakan hukuman mati terhadap pesalah kemalangan yang menyebabkan kematian, masuk hari kesembilan ribuan pelajar mengadakan protes besar-besaran susulan kematian dua remaja, minggu lalu.
“Dalam pindaan (terhadap undang-undang) ini, keputusan akan dibuat sama ada untuk mengenakan tahap hukuman tertinggi jika kematian tersebut disebabkan oleh kemalangan (jalan raya),” kata seorang pegawai Kementerian Undang-undang yang tidak mahu dikenali.
Sebelum ini, undang-undang Bangladesh memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun bagi kesalahan kemalangan yang menyebabkan kematian.
Keputusan ini berikutan peningkatan kes kematian akibat kemalangan trafik, dengan yang terbaharu menyebabkan kematian dua remaja yang digilis sebuah bas pada 29 Julai lalu. – REUTERS










