PUTRAJAYA 27 Ogos – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna hari ini mengumumkan penurunan harga gula sebanyak 10 sen berkuat kuasa pada 1 September ini. SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL Menterinya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, pengumuman berkenaan menjadikan harga baharu gula pasir kasar adalah RM2.85 sekilogram manakala gula pasir halus RM2.95 sekilogram. Beliau berkata, penurunan itu selari dengan trend harga gula mentah di pasaran dunia yang semakin menurun dan…










