KUALA LUMPUR 1 Ogos – Ramai yang meminta segeman Jom Chat yang bersiaran secara langsung pukul 9 malam sehingga 10 malam, setiap hari Rabu mengundang kumpulan Floor88.
Permintaan para peminat Floor88 dipenuhi malam ini apabila kumpulan yang popular dengan lagu berjudul Zalikha dan Aqilah akan ditemu bual secara santai oleh pengacara Jom Chat, Apak.
Floor88 dibarisi oleh vokalis, Ayie, Amir, Zai, Akram, Eric dan Falique pasti banyak cerita yang mahu dikongsi, bermula dengan penubuhan kumpulan, susah payah mereka untuk menarik perhatian penggemar muzik di Malaysia agar kehadiran mereka diterima.
Menggunakan nama Floor88, kumpulan yang ditubuhkan pada tahun 2005 ini menjadikan Menara Berkembar Petronas sebagai tanda aras untuk mencapai kejayaan dalam bidang muzik.
Maka itulah, kumpulan yang bertitik tolak daripada eksperimental ini semakin hari, semakin dikenali dan diterima peminat.
Bernaung di bawah label atau syarikat rakaman Rusa Music, Floor88 ternyata membuktikan bahawa single pertama mereka, Zalikha yang mendapat sentuhan Harry Khalifah selaku penerbit, berjaya mencecah lebih 27 juta tontonan di media sosial Youtube.
Para peminat Floor88, jangan lupa masuk ke Facebook Utusan Online, like page dan tonton Jom Chat dengan Floor88 malam ini. – UTUSAN ONLINE











