KUALA LUMPUR 11 Ogos – Persatuan Bola Sepak Emiriah Arab Bersatu (EFA) menggugurkan Mohammed Khalfan Al-Harazi selepas mendapati pemain tengah skuad Bawah 23 (B-23) mereka itu menjadi punca kepada pergaduhan ketika menentang Malaysia dalam perlawanan persahabatan di Stadium Shah Alam semalam. EFA dalam kenyataannya turut memohon maaf kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) atas insiden berkenaan sambil menyifatkan tindakan Khalfan mencemarkan imej pasukan selain membunuh semangat kesukanan. “Kami berasa kesal…










