MELAKA – Cubaan dua lelaki menyeludup 2,400 liter minyak diesel bersubsidi gagal selepas ditahan pasukan penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri dalam satu serbuan di sebuah stesen minyak di Bachang di sini semalam. Dalam operasi pada pukul 4.54 petang itu, suspek yang berusia 50 dan 62 tahun gagal mengemukakan permit pembelian diesel yang diisi di dalam dua tong dan sebuah tangki berkapasiti 1,000 liter. …










