PUTRAJAYA – Dasar Perumahan Negara yang dijangka dilancarkan pada September, bertujuan untuk menyediakan perumahan mampu milik yang murah dan selesa bagi kumpulan berpendapatan isi rumah 40 peratus terendah (B40) dan 40 peratus sederhana (M40). Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, dasar itu yang sedang dikaji semula dan kini di peringkat akhir kajian akan menangani definisi rumah mampu milik, harga semasa rumah, konsep bangunan masa depan dan kemudahan yang kementerian…










