KUALA LUMPUR 9 Ogos – Dagang Net Technologies Sdn. Bhd. (Dagang Net) anak syarikat milik penuh Dagang NeXchange Berhad (DNeX) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Audatex Malaysia Sdn. Bhd. untuk menyediakan sistem data komprehensif bagi tuntutan pembaikan kenderaan. Timbalan Pengerusi Eksekutif DNeX, Datuk Samsul Husin berkata, kerjasama berkenaan merangkumi penyediaan sistem pembaikan berkomputer dan nombor pengenalan kenderaan (VIN) yang disokong oleh data. Katanya, sistem tersebut akan memberikan pelbagai maklumat seperti…










