KUALA LUMPUR – Cadangan memperkenalkan cukai soda atau cukai minuman berkarbonat merupakan idea menarik dan berbaloi untuk dipertimbangkan kerajaan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Saifuddin Nasution Ismail. Saifuddin berkata, selain menampung pendapatan kerajaan ekoran pemansuhan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), ia dapat memberi mesej kepada rakyat bahawa pengambilan minuman bergas yang berlebihan tidak baik untuk kesihatan. “Seperti kita tahu ‘revenue’ kerajaan berbanding (semasa pelaksanaan) GST, kutipan melalui SST (Cukai Jualan dan Perkhidmatan)…










