BEIJING 26 Ogos – China mengecam Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berikutan kenyataannya semalam yang mendakwa Beijing tidak memberi tekanan yang sepatutnya terhadap Korea Utara berhubung program nuklear negara itu. Menurut portal berita BBC, Trump menerusi laman Twitternya menegaskan, China tidak banyak membantu dalam hal tersebut ekoran ketegangan perdagangan yang dihadapi dengan AS. Jurucakap Kementerian Luar menegaskan kenyataan Trump itu sebagai dakwaan yang tidak bertanggungjawab dan amat bertentangan dengan…










